Labels

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Tip Konsisten Solat Subuh

Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tak merah. Ramai peiajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarah cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:


1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t dan berikanlah hak-hak- Nya. Nlat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2. Tanam tekad yang jitu, semangat Juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubat daripada dosa dan bemiatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boieh sama-sama bangun awal dan solat Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
5. Latih dlri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
6. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafen seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.
7. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minlt sebelum azan subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz "solat itu lebih baik danpada tidur". Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagl menunaikan solat Subuh.
8. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
9. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Kemudian
tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.


Sumber: Majalah Solusi

Monday, June 17, 2013

SEJAUH MANA CINTA KEPADA RASUL?

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan "lailahaillallah" tanpa mengikut jalan "Muhammad Rasulullah." 

Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah S.W.t. 

Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya Oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: "Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Aliah," (Surah al-Najm 53: 3-4) 

Jika hati mencintai kebaikan, maka buta lah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah ... kerana Bagindalah lnsan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah. 

Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh ... hanya kerana ingin menyampaikan iman dan lslam buat manusia. 

Kebaikan Rasulullah bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita. 

Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang. 

lnilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A'la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak ... 

Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada ada dalam jiwa agar kita I berpeluang bersama-samanya di dalam syu'rga. Dan cinta itulah yang kami ungkapkan seadanya dengan satu pertanyaan yang sangat sederhana: "Di mana Rasulullah di hatimu?" 

Sumber : Pahrol Mohamad Juoi Majalah Solusi Isu 52

Monday, June 3, 2013

BERITA BAIK UNTUK ORANG YANG BERTAUBAT


Dah terlanjur buat dosa? Jangan putus asa. Pintu taubat tidal pernah tertutup melainkan ketika nyawa sudah berada di kerongkong dan ketika matahari terbit dari barat ke timur. 

1. Petua kejayaan. 
Apa kata masukkan bertaubat dan beristighfar sebagai salah satu langkah mencapai kejayaan. Ini selari dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung (beroleh kejayaan)." (Surah al-Nur 24: 31) 

2. Lupus dosa. 
Jika dahulu dosa seolah-olah menjadi "perhiasan" diri, kini dosa akan dibakulsampahkan. Pasti seronok kalau akaun dosa kini jadi defisit. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-muminya). Mudah-mudahan Rabmu akan menutup kesalahan- kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (Surah al-Tahrim 66: 8) 

3. Keburukan diganti dengan kebaikan. 
Tidak percaya? Hayati mafhum ayat al-Quran ini: "Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Furqan 25: 70) 

4. Anugerah dan nikmat. 
Asbab beroleh anugerah dan nikmat seperti ditambahkan kekuatan, anak, harta ataupun diturunkan hujan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus- menerus) kepadamu sampai ke waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (Surah Hud 11: 3) 

5. Dicintai Allah. Bukan sekali, malah berkali-kali Allah ulang kenyataan ini. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah at-Baqarah 2: 222)

Sunday, June 2, 2013

Lauk-Pauk Rasulullah S.A.W

Anas r.a. meriwayatkan: "Rasululah s.a.w. sangat menyukai thufl (makanan yang diperbuat daripada tepung dan kurma). Abdullah (salah seorang periwayat hadis ini) berkata: 'Yang dimaksudkan (thufl) adalah apa-apa yang tersisa daripada makanan.'" (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim, Ibn Sa'ad dan al-Baihaqi)

Saturday, June 1, 2013

MAHA BESAR ALLAH YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN ALAM


Berbilion cakerawala dan galaksi di angkasa bergerak terlalu laju. la bergerak dengan teratur dan tersusun rapi. Tidak berlaku perlanggaran kerana takdir-Nya. 300 bilion galaksi bertembung. Maha Besar Allah yang menciptakan dan mengaturkan semua itu dengan tertib.

Monday, April 29, 2013

Menyapu Muka Sebelum Tamat Solat

Amaian menyapu muka sebelum tamat solat tidak digalakkan. Disebutkan dalam Sunan Ibn Majah: “Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhnya, ada daripada kalangan al-jufa', seorang Ielaki menyapu dahinya apabila selesai solat."

Maksud al-jufa'dihuraikan oleh ulama sebagai satu tindakan tidak serius seolah-olah berpaling daripada solat, ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk. (Fayd al-Qadir, jil. 2, him. 562)

Jika ingin melakukan perbuatan ini, disarankan:
  • Melakukan seperti yang disarankan dalam hadis daif, iaitu menyapu dahi dengan tangan kanan dan membaca doa yang disebutkan dalam hadis tersebut.
  • Tidak beriktikad bahawa amalan ini sunnah Rasullulah s.a.w. kerana disiplin untuk beramal dengan hadis daif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada Rasulullah.
  • Tdak beriktikad bahawa amalan ini pasti membawa sesuatu kebaikan berbentuk pahala dan kerohanian kerana kebaikan dalam bentuk ini hanya boleh diyakini jika ia datang daripada hadis sahih atau hasan, tetapi apabila ia datang daripada hadis daif. Kita hanya boleh berharap agar mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.
  • Tidak menjadikan ia setanding atau seperti ibadat khusus, malah perlu disedari bahawa ia perbuatan yang mustaqil (terasing) daripada pergerakan asal solat. Ringkasnya, ia bolehlah dianggap sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat. Walahu a'lam.
Sumber : Formula Solat Sempurna, Ustaz Zaharudin Abd. Rahman