Labels

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, June 10, 2013

ANAK-ANAK KEMARUK GADGET



Berikut antara tip untuk membimbing anak-anak supaya tidak menjadi "hamba teknologi": 

1. Fahamkan anak-anak bahawa gadget ialah alat dan bukannya tujuan hidup. Gunakan ia sebagai alat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Katakanlah jika mereka ingin menggunakan Internet untuk mencari llmu, maka gunakan ia sebaik-baiknya. Sebaliknya jika mereka menyalahgunakan untuk perkara yang sia-sia, ia hanya membuang masa. Bukankah setiap saat umur kita akan dihisab oleh Allah s.w.t.? 

2. Kita menetapkan had masa jika anak-anak ingin menggunakan gadget. Jika mereka tidak mematuhi atau melanggar, dengan tegas kita menarik semula kemudahan tersebut untuk tempoh tertentu. 

3. Ketika tetamu datang berkunjung, disiplinkan anak-anak supaya jangan terus-menerus menghadap komputer, telefon bimbit dan permainan video. Ajak anak-anak berinteraksi dengan tetamu dan fahamkan mereka bahawa tetamu perlu diraikan kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w. 

4. Latih anak-anak peka dengan waktu solat. Jika setengah jam lagi akan masuk waktu solat, mereka perlu menutup komputer atau televisyen. Begitu juga mereka tidak boleh membukanya kerana takut terleka sehingga menangguhkan waktu solat. 

5. Apabila ibu bapa sedang bercakap, didik anak-anak memerhatikan wajah kita. Jika pandangan anak-anak menyebabkan hati ibu bapa gembira, Allah s.w.t. akan menganugerahkan pahala buat mereka. Sibukkan diri melayani ibu bapa daripada melayani panggililn telefon atau SMS. Jangan sampai hati kedua-dua ibu bapa tergores. Jika mendapat panggilan, minta izin kepada ibu bapa untuk menjawabnya, menutup terus telefon sebentar kerana melayani mereka adalah lebih utama. 

Sumber: Majalah Solusi Isu 49

Wednesday, May 22, 2013

Bagaimana Nak Sihat?



Minum 10 – 12 gelas air sehari
Makan sayuran dan buahan yang segar
Senaman setiap hari
Hadkan pengambilan lemak dan gula
Kurangkan makan nasi, roti dan gandum
Kekalkan berat badan yang ideal
Makan banyak serat (fiber)
Mengurus Tekanan dengan bijak
Jangan merokok
Kini ada cara yang lebih mudah untuk kita menjaga kesihatan setiap hari.
“Adalah sukar untuk membayangkan ada makanan lain yang lebih semulajadi dan lebih berkhasiat berbanding kolostrum” petikan dari National Institute of Nutrition Research, USA


 

Kandungan yang boleh anda perolehi didalam

Alpha Lipid LifeLine



Kandungan Vitamins

Vitamin A
Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12
Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6 
Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1 
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2 
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin C 
Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D
Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
Vitamin E 
Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.


Kandungan Minerals 


Folic Acid
Pembentukan darah (merah) baru.
Magnesium
Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
Iron
Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Sodium
Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
Kalsium
Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid "monopous" akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
Potassium
Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Kandungan Total Immunoglobulin

IgA
Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.
IgM
Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.
IgE
Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.
IgG
Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.
IgD
Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.
IgFI & IgFII
IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.

Sunday, May 19, 2013

NAFKAH BATIN? Apa maksud sebenarnya?



Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja. Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin?

Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu. Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

“Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak

memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka.
Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:
“Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya. “
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud: “Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami
memerintahkan isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti
oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui
olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat).”
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat. Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya.

Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa

yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama “Beruk punya anak1″ maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.


Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang

lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.


Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang

bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :

Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka.”

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran.

Wallahu’alam

Thursday, May 9, 2013

Mengapa Syaitan Dicipta?




Mengapa Syaitan Dicipta

Anak-anak mesti diberikan ilmu untuk mengenal tipu daya syaitan dan bagaimana mengatasinya. Mereka periu mengetahui bahawa menangani musuh batin lebih sukar daripada menangani musuh lahir. Anak-anak mesti difahamkan bahawa syaitan tidak mengenal rehat. setiap waktu kerjanya hanya untuk menggoda manusia supaya ingkar kepada Allah.

Mungkin anak-anak bertanya, kalau syaitan itu jahat mengapa Allah s.w.t. menciptakannnya? Fahamkan mereka bahawa setiap ciptaan Allah s.w.t. pasti ada hikmahnya. Syaitan dicipta untuk menguji sejauh mana kita benar-benar menjadi hamba Alah s.w.t. dan cara untuk membuktikan kasih dan cinta kita kepada Allah s.w.t.

Pekerjaan Syaitan

Iblis dan syaitan mempunyai tugas-tugas besar iaitu menjadikan manusia penghuni neraka. Itulah janji mereka kepada Allah s.w.t. menerusi al-Quran yang bermaksud: "Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) sesungguhnya aku akan memperindah (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini. Dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah al-Hijr 15: 39)

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita dan anak-anak supaya kekal dalam iman dan Islam.

Sumber: Solusi Isu 43

AKU AHLI SYUKUR


Siapa pun kita pada hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi yang pandai menguruskan selok-belok ekonomi, ahli persatuan yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti atau sesiapa sahaja yang ahli dalam bidang masing-masing, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahii syukur?
Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit atau proposal yang tebal untuk dikemukakan kepada mana-rnana pihak. Membentuk diri menjadi seorang ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah:

Tetap Bersyukur walaupun Nikmatnya kecil

Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun la berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.

Memuji Allah Setiap Masa

Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.

Berterima Kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat

Benar, setiap rezeki datang daripada Aliah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja disesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.

Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri kepada Allah

Nikmatilah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-iengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

Sumber: Solusi Isu 43

Saturday, April 27, 2013

Nafkah kepada anak dan ibu bapa. Mana yang lebih utama?


Persoalan utama adalah kemampuan anak mengambil tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada ibu bapanya dalam keadaan dia sendiri menampung kewajipan anak dan isteri. Begitu juga tanggungjawab isteri yang lebih utama kepada suami termasuk membantu kehidupan keluarga.
Mewajibkan pemberian nafkah ibu bapa juga dikhuatiri boleh menyebabkan ramai individu tidak sanggup untuk melaksanakan kehidupan berumahtangga kerana bimbang dengan tanggungjawab yang akan dipikul termasuk kewajipan nafkah ibu bapanya.
Jika ini berlaku, ia mungkin merencatkan institusi keluarga itu sendiri dan boleh menyebabkan pecah belah dalam keharmonian sesebuah keluarga.
Dari sudut sosial dan amalan di Malaysia, tanggungjawab terhadap ibu bapa menjadi sebati dalam diri anak yang mempunyai sifat tanggungjawab. Walaupun tidak diwajibkan namun telah dilaksanakan sebaiknya berdasarkan kesedaran dan didikan yang diterima oleh anak itu sendiri.
Keberkatan bagi anak yang melaksanakannya dapat dirasai walaupun sekadar mengadakan duit sebanyak RM20 kepada ibu bapanya.
Dari sudut undang-undang pula, seksyen 61 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan bahawa mahkamah berbidangkuasa untuk memerintah nafkah bagi seseorang.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan mengenai hal itu mengikut hukum syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain mengikut kemampuan yang munasabah kepada pemberi nafkah.
Ia jelas memberi ruang kepada ibu atau bapa atau mana-mana orang untuk menuntut hak nafkahnya terhadap orang yang bertanggungan berlandaskan prinsip undang-undang dan hukum syarak. Ternyata ada peruntukan khas yang memberi hak seseorang untuk menuntut haknya.
Manakala dari sudut hukum syarak pula, mazhab al-Syafie berpandangan, nafkah ibu bapa menjadi wajib dengan syarat anak mempunyai lebihan nafkah iaitu jika nafkahnya sendiri cukup untuk keperluan seharian termasuklah tanggungan anak dan isteri bagi suami.
Jika tidak mencukupi, maka anak tidak dipertanggungjawabkan nafkah ibu bapa. Syarat lainnya, bapa hendaklah terdiri daripada orang fakir (tidak mempunyai pekerjaan yang boleh memenuhi keperluan asasinya, sama ada dia mampu bekerja atau tidak.
Ketiganya, menjadi wajib jika ibu tidak mendapat nafkah yang mencukupi daripada bapa, maka menjadi kewajipan kepada anak untuk menyediakan nafkah kepada ibu, termasuk dalam keadaan bapa telah meninggal dunia.
Berdasarkan aspek dinyatakan, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi untuk kewajipan nafkah ibu bapa. Apa yang sewajarnya menjadi pertimbangan utama adalah kesedaran dan sikap tanggungjawab anak itu sendiri. Ia boleh dipupuk oleh didikan dan ilmu diterapkan dalam diri individu.
Mewajibkan nafkah ibu bapa bukanlah faktor utama dalam menangani masalah itu. Didikan dan keimanan dalam diri sendiri menjadi teras utama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Keimanan, didikan dan kesedaran seharusnya menjadi asas dalam mendidik anak supaya ia kekal dibawa sebagai tangkal atau azimat dalam setiap tanggungjawabnya.
Oleh Roshdan Sujak Rafie, Setiausaha Agong Persatuan peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Sumber: Berita Harian, 25 Mei 2011 Selasa

Berwudhu' Di Atas Lapisan Solek.


Perbincangan ini lebih tepat ditujukan kepada para wanita yang hendak berwudhu' lalu di tangan atau di muka terdapat lapisan alat-alat solek seperti pewarna kuku, bedak, maskara dan berbagai lagi. Maka timbul pula persoalan - Adakah dibolehkan berwudhu' di atas lapisan-lapisan solek tersebut atau adakah ia perlu dibasuh dan dihilangkan terlebih dahulu ? Atau adakah sebarang kemudahan hukum agama terhadapnya ?



Bagi memberikan jawapan yang jelas, perhatian dibawa kepada ayat al-Qur'an yang mensyari'atkan wudhu', iaitu firman Allah Azza waJalla: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangah kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]. Dari ayat di atas, perkataan maka basuhlah berasal dari Bhs. Arab - membawa maksud dalam hukum tafsir sebagai 'mengalirkan air atas sesuatu untuk menghilangkan kotoran yang melekat padanya.' [1]

Maka apabila kita berwudhu' , adalah dituntut supaya setiap anggota yang wajib dibasuh itu dikenakan air yang mengalir bagi memenuhi syarat wudhu' sebagaimana perintah ayat al-Qur'an di atas. Termasuk dalam tuntutan ini ialah meratakan air di seluruh kawasan anggota wudhu' tersebut. Apabila ada suatu bahagian atau kawasan yang tidak kena air, samada kerana ia diliputi sesuatu atau kerana air tidak sampai kepadanya maka wudhu' tersebut tidaklah sah. Pernah sekali Nabi sallallahu-alaihi-wasallam melihat beberapa orang di kalangan para sahabat yang baru selesai berwudhu' tetapi tumit kaki mereka kelihatan kering tidak disentuh air. Maka beliau memerintah mereka agar mengulangi semula wudhu' tersebut dan meratakan air dengan sempurna di setiap bahagian anggota wudhu' yang wajib dibasuh.[2]

Walaubagaimanapun berbeza hukumnya dengan pembasuhan kepala dalam etika berwudhu'. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman dalam ayat yang sama di atas ……dan sapulah sebahagian dari kepala kamu……. Perkataan dan sapulah berasal dari Bahasa Arab yang mengandung erti dalam hukum tafsir sebagai menyentuh bahagian tanpa mengalirkan air.[3] Justeru itu para fuqaha menyatakan bahawa pembasuhan kepala adalah menepati syarat hukum dengan melalukan tangan yang basah di atasnya.[4] Oleh itu apabila seseorang itu berwudhu' dia tidak perlu membasuh kepalanya dengan air yang mengalir sebagaimana dia membasuh muka, tangan dan kakinya.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa setiap anggota wudhu' kecuali kepala perlu dibasuh dengan sempurna. Wajib dialirkan dan diratakan air pada keseluruhan bahagiannya. Oleh itu jikalau ada bahagian yang tidak terkena air atau terlindung di sebalik sesuatu yang kalis air seperti lapisan solek atau krim pelembab atau minyak atau cat atau debu tebal atau apa-apa yang seumpama maka wudhu' tersebut adalah tidak sah.[5]

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa jika alat solek seperti maskara itu kalis air (menahan dari air sampai kulit dibahagian wudhuk) maka wudhuk itu tidak sah. Jika jelas wudhuk tidak sah,maka solat juga tidak sah. Jadi pastikan dahulu adakah alat solek yang tidak tertanggal habis itu tidak kalis air.

Allahu'alam

Rujukan :

[1] Shaikh Ali as-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum al-Qur'an, 1/935, Shaikh Ahmad Mustafa Maraghi - Tafsir al-Maraghi, 5/118.

[2] Maksud pengajaran hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0139.

[3] Imam as-Suyuti - Tafsir Jalalain, 1/450.

[4] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/200.

[5] Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopedia Fiqh, 1/110-118.

sumber: halaqah.net

Baju renang muslimah dan aurat wanita.


Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.


Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah.

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

Persoalannya.... adakah baju renang muslimah yang banyak dipasaran sekarang ini menepati hukum menutup aurat?

SOLAT SUNAT DHUHA: Kaitan antara rezeki, kesyukuran dan usaha.


Dikatakan baginda selalu melakukan solat Dhuha ketika berada di rumah mahu pun ketika dalam perjalanan. Malah, solat Dhuha boleh dilakukan di mana saja dan tidak tertakluk di masjid semata-mata. 

Solat Dhuha boleh dilaksanakan dalam jumlah antara dua hingga dua belas rakaat. 

Ini yang ditunjukkan Rasulullah dalam satu pernyataan baginda yang katanya, “Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan “Wahai anak Adam. 

Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Ya’la)” 

Walaupun tujuan solat Dhuha didirikan adalah untuk memohon kurniaan rezeki, tetapi kita perlu bersihkan diri daripada segala daki dosa dengan bertaubat. 

Kata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi) 

Jadi antara solat Dhuha dan taubat seseorang hamba saling berkait rapat. Lantaran itu barulah solat Dhuha boleh menjadi ‘magnet’ yang menarik rezeki kurniaan Allah kepada kita. 

Sumber rezeki yang dilimpahi Allah apabila kita mendirikan solat Dhuha itu bukanlah semata-mata dalam bentuk material sebagaimana anggapan sesetengah golongan. 

Rezeki kurniaan Allah luas ruang lingkupnya. Mungkin kita dikurniakan nikmat dalam bentuk kedamaian hidup walaupun berpendapatan kecil dan sederhana saja. 

Mungkin dengan isteri yang cantik lagi solehah bersama-sama kurniaan anak yang sihat sejahtera juga adalah bentuk rezeki yang Allah berikan kepada kita. 

Dalam satu lagi sabda Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dua rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa. 

Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha empat rakaat, dia dicatat sebagai orang yang kuat beribadah. Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha enam rakaat pada hari itu segala keperluannya dicukupi Allah. 

Sesiapa yang menger­jakan solat Dhuha lapan rakaat, Allah memasukkan­nya ke dalam golongan yang tunduk serta menghabiskan seluruh waktunya bagi beribadat. 

Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dua belas rakaat, Allah membangunkan baginya sebuah istana indah dalam syurga. 

Tidak ada dalam sehari semalam kecuali Allah pasti memberikan anugerah serta sedekah kepada hamba-Nya.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Abu Daud) 
Terbukti bahawa rezeki adalah satu kurniaan Allah melalui mekanisme solat Dhuha. 

Ini kerana pengamalnya diberikan pelbagai dimensi rezeki dalam spektrum yang lebih membahagiakan seperti ganjaran pahala di sisi Allah di akhirat kelak selain Allah menjadikan kita sebagai insan soleh. 

Rasulullah ada menerang­kan kepada kita bahawa orang yang selalu mengamalkan solat Dhuha selain dimurahkan rezeki dan dilancarkan segala urusan dia juga mendapat layanan cukup istimewa ketika di akhirat nanti. 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila hari kiamat tiba, ada seseorang menyeru, “Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.” (Hadis riwayat at-Tabrani) 

Sampai begitu sekali Allah layan hamba-Nya yang beramal dengan solat Dhuha ketika hidupnya di dunia ini. Kita mesti sedar bahawa permohonan supaya dipermudahkan rezeki Allah itu hendaklah disusuli dengan tindakan dan usaha kerja keras. 

Solat Dhuha saja kemudian berdoa kepada Allah semata-mata, tidak mengubah apa-apa kepada rezeki. Ini kerana Allah 

hanya mengubah nasib seseorang apabila mereka berusaha mengubahnya terlebih dulu. 

Hal ini seharusnya diamalkan secara maksimum dan usaha yang termampu. Melalui kombinasi solat Dhuha, sentiasa berdoa dan berusaha gigih, lambat-laun, Allah pasti mencurahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kita. 

Justeru, bekerjalah kita dengan sekuatnya untuk mencari sumber rezeki yang halal lagi diberkati di samping bertawakal dan seimbangkan dengan amalan solat Dhuha.

Sumber: Metro, Artikel siaran pada 2011/06/03

Purdah: Mengikut pandangan Madzhab Syafi’ie.



Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)



Sumber : mujahidahpemburusyahid