Labels

Thursday, May 9, 2013

Mengapa Syaitan Dicipta?




Mengapa Syaitan Dicipta

Anak-anak mesti diberikan ilmu untuk mengenal tipu daya syaitan dan bagaimana mengatasinya. Mereka periu mengetahui bahawa menangani musuh batin lebih sukar daripada menangani musuh lahir. Anak-anak mesti difahamkan bahawa syaitan tidak mengenal rehat. setiap waktu kerjanya hanya untuk menggoda manusia supaya ingkar kepada Allah.

Mungkin anak-anak bertanya, kalau syaitan itu jahat mengapa Allah s.w.t. menciptakannnya? Fahamkan mereka bahawa setiap ciptaan Allah s.w.t. pasti ada hikmahnya. Syaitan dicipta untuk menguji sejauh mana kita benar-benar menjadi hamba Alah s.w.t. dan cara untuk membuktikan kasih dan cinta kita kepada Allah s.w.t.

Pekerjaan Syaitan

Iblis dan syaitan mempunyai tugas-tugas besar iaitu menjadikan manusia penghuni neraka. Itulah janji mereka kepada Allah s.w.t. menerusi al-Quran yang bermaksud: "Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) sesungguhnya aku akan memperindah (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini. Dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah al-Hijr 15: 39)

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita dan anak-anak supaya kekal dalam iman dan Islam.

Sumber: Solusi Isu 43

Set percubaan SF Beauty

SF Beauty juga terdapat dalam bentuk trial set. Jadi kepada mereka yang masih ragu-ragu tentang keberkesanan produk ini kepada kulit mereka, saya cadangkan anda menggunakan set trial terlebih dahulu. Set trial ini biasanya hanya tahan selama 3 minggu atau sebulan. In sya Allah anda pasti puas hati dengan hasilnya.

AKU AHLI SYUKUR


Siapa pun kita pada hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi yang pandai menguruskan selok-belok ekonomi, ahli persatuan yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti atau sesiapa sahaja yang ahli dalam bidang masing-masing, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahii syukur?
Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit atau proposal yang tebal untuk dikemukakan kepada mana-rnana pihak. Membentuk diri menjadi seorang ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah:

Tetap Bersyukur walaupun Nikmatnya kecil

Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun la berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.

Memuji Allah Setiap Masa

Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.

Berterima Kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat

Benar, setiap rezeki datang daripada Aliah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja disesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.

Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri kepada Allah

Nikmatilah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-iengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

Sumber: Solusi Isu 43

Monday, April 29, 2013

Menyapu Muka Sebelum Tamat Solat

Amaian menyapu muka sebelum tamat solat tidak digalakkan. Disebutkan dalam Sunan Ibn Majah: “Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhnya, ada daripada kalangan al-jufa', seorang Ielaki menyapu dahinya apabila selesai solat."

Maksud al-jufa'dihuraikan oleh ulama sebagai satu tindakan tidak serius seolah-olah berpaling daripada solat, ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk. (Fayd al-Qadir, jil. 2, him. 562)

Jika ingin melakukan perbuatan ini, disarankan:
  • Melakukan seperti yang disarankan dalam hadis daif, iaitu menyapu dahi dengan tangan kanan dan membaca doa yang disebutkan dalam hadis tersebut.
  • Tidak beriktikad bahawa amalan ini sunnah Rasullulah s.a.w. kerana disiplin untuk beramal dengan hadis daif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada Rasulullah.
  • Tdak beriktikad bahawa amalan ini pasti membawa sesuatu kebaikan berbentuk pahala dan kerohanian kerana kebaikan dalam bentuk ini hanya boleh diyakini jika ia datang daripada hadis sahih atau hasan, tetapi apabila ia datang daripada hadis daif. Kita hanya boleh berharap agar mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.
  • Tidak menjadikan ia setanding atau seperti ibadat khusus, malah perlu disedari bahawa ia perbuatan yang mustaqil (terasing) daripada pergerakan asal solat. Ringkasnya, ia bolehlah dianggap sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat. Walahu a'lam.
Sumber : Formula Solat Sempurna, Ustaz Zaharudin Abd. Rahman

Sunday, April 28, 2013

KLIM: Susu nostalgia

Bulan lepas saya terserempak dengan satu tin susu, tiba-tiba ia mengingatkan saya kepada zaman saya kanak-kanak.Sape yang tahu dan masih ingat susu ni? Kalau ramai yang masih ingat, maknanya ramaila yang sezaman dengan saya ni. Zaman main chop2 tiang, pepsi cola, tudung botol, batu seremban,,, semua tu kita main masa rehat kat sekolah. Seronoknya bila boleh naik kereta DeLorean back to the future...


Saturday, April 27, 2013

Nafkah kepada anak dan ibu bapa. Mana yang lebih utama?


Persoalan utama adalah kemampuan anak mengambil tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada ibu bapanya dalam keadaan dia sendiri menampung kewajipan anak dan isteri. Begitu juga tanggungjawab isteri yang lebih utama kepada suami termasuk membantu kehidupan keluarga.
Mewajibkan pemberian nafkah ibu bapa juga dikhuatiri boleh menyebabkan ramai individu tidak sanggup untuk melaksanakan kehidupan berumahtangga kerana bimbang dengan tanggungjawab yang akan dipikul termasuk kewajipan nafkah ibu bapanya.
Jika ini berlaku, ia mungkin merencatkan institusi keluarga itu sendiri dan boleh menyebabkan pecah belah dalam keharmonian sesebuah keluarga.
Dari sudut sosial dan amalan di Malaysia, tanggungjawab terhadap ibu bapa menjadi sebati dalam diri anak yang mempunyai sifat tanggungjawab. Walaupun tidak diwajibkan namun telah dilaksanakan sebaiknya berdasarkan kesedaran dan didikan yang diterima oleh anak itu sendiri.
Keberkatan bagi anak yang melaksanakannya dapat dirasai walaupun sekadar mengadakan duit sebanyak RM20 kepada ibu bapanya.
Dari sudut undang-undang pula, seksyen 61 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan bahawa mahkamah berbidangkuasa untuk memerintah nafkah bagi seseorang.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan mengenai hal itu mengikut hukum syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain mengikut kemampuan yang munasabah kepada pemberi nafkah.
Ia jelas memberi ruang kepada ibu atau bapa atau mana-mana orang untuk menuntut hak nafkahnya terhadap orang yang bertanggungan berlandaskan prinsip undang-undang dan hukum syarak. Ternyata ada peruntukan khas yang memberi hak seseorang untuk menuntut haknya.
Manakala dari sudut hukum syarak pula, mazhab al-Syafie berpandangan, nafkah ibu bapa menjadi wajib dengan syarat anak mempunyai lebihan nafkah iaitu jika nafkahnya sendiri cukup untuk keperluan seharian termasuklah tanggungan anak dan isteri bagi suami.
Jika tidak mencukupi, maka anak tidak dipertanggungjawabkan nafkah ibu bapa. Syarat lainnya, bapa hendaklah terdiri daripada orang fakir (tidak mempunyai pekerjaan yang boleh memenuhi keperluan asasinya, sama ada dia mampu bekerja atau tidak.
Ketiganya, menjadi wajib jika ibu tidak mendapat nafkah yang mencukupi daripada bapa, maka menjadi kewajipan kepada anak untuk menyediakan nafkah kepada ibu, termasuk dalam keadaan bapa telah meninggal dunia.
Berdasarkan aspek dinyatakan, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi untuk kewajipan nafkah ibu bapa. Apa yang sewajarnya menjadi pertimbangan utama adalah kesedaran dan sikap tanggungjawab anak itu sendiri. Ia boleh dipupuk oleh didikan dan ilmu diterapkan dalam diri individu.
Mewajibkan nafkah ibu bapa bukanlah faktor utama dalam menangani masalah itu. Didikan dan keimanan dalam diri sendiri menjadi teras utama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Keimanan, didikan dan kesedaran seharusnya menjadi asas dalam mendidik anak supaya ia kekal dibawa sebagai tangkal atau azimat dalam setiap tanggungjawabnya.
Oleh Roshdan Sujak Rafie, Setiausaha Agong Persatuan peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Sumber: Berita Harian, 25 Mei 2011 Selasa

Berwudhu' Di Atas Lapisan Solek.


Perbincangan ini lebih tepat ditujukan kepada para wanita yang hendak berwudhu' lalu di tangan atau di muka terdapat lapisan alat-alat solek seperti pewarna kuku, bedak, maskara dan berbagai lagi. Maka timbul pula persoalan - Adakah dibolehkan berwudhu' di atas lapisan-lapisan solek tersebut atau adakah ia perlu dibasuh dan dihilangkan terlebih dahulu ? Atau adakah sebarang kemudahan hukum agama terhadapnya ?



Bagi memberikan jawapan yang jelas, perhatian dibawa kepada ayat al-Qur'an yang mensyari'atkan wudhu', iaitu firman Allah Azza waJalla: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangah kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]. Dari ayat di atas, perkataan maka basuhlah berasal dari Bhs. Arab - membawa maksud dalam hukum tafsir sebagai 'mengalirkan air atas sesuatu untuk menghilangkan kotoran yang melekat padanya.' [1]

Maka apabila kita berwudhu' , adalah dituntut supaya setiap anggota yang wajib dibasuh itu dikenakan air yang mengalir bagi memenuhi syarat wudhu' sebagaimana perintah ayat al-Qur'an di atas. Termasuk dalam tuntutan ini ialah meratakan air di seluruh kawasan anggota wudhu' tersebut. Apabila ada suatu bahagian atau kawasan yang tidak kena air, samada kerana ia diliputi sesuatu atau kerana air tidak sampai kepadanya maka wudhu' tersebut tidaklah sah. Pernah sekali Nabi sallallahu-alaihi-wasallam melihat beberapa orang di kalangan para sahabat yang baru selesai berwudhu' tetapi tumit kaki mereka kelihatan kering tidak disentuh air. Maka beliau memerintah mereka agar mengulangi semula wudhu' tersebut dan meratakan air dengan sempurna di setiap bahagian anggota wudhu' yang wajib dibasuh.[2]

Walaubagaimanapun berbeza hukumnya dengan pembasuhan kepala dalam etika berwudhu'. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman dalam ayat yang sama di atas ……dan sapulah sebahagian dari kepala kamu……. Perkataan dan sapulah berasal dari Bahasa Arab yang mengandung erti dalam hukum tafsir sebagai menyentuh bahagian tanpa mengalirkan air.[3] Justeru itu para fuqaha menyatakan bahawa pembasuhan kepala adalah menepati syarat hukum dengan melalukan tangan yang basah di atasnya.[4] Oleh itu apabila seseorang itu berwudhu' dia tidak perlu membasuh kepalanya dengan air yang mengalir sebagaimana dia membasuh muka, tangan dan kakinya.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa setiap anggota wudhu' kecuali kepala perlu dibasuh dengan sempurna. Wajib dialirkan dan diratakan air pada keseluruhan bahagiannya. Oleh itu jikalau ada bahagian yang tidak terkena air atau terlindung di sebalik sesuatu yang kalis air seperti lapisan solek atau krim pelembab atau minyak atau cat atau debu tebal atau apa-apa yang seumpama maka wudhu' tersebut adalah tidak sah.[5]

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa jika alat solek seperti maskara itu kalis air (menahan dari air sampai kulit dibahagian wudhuk) maka wudhuk itu tidak sah. Jika jelas wudhuk tidak sah,maka solat juga tidak sah. Jadi pastikan dahulu adakah alat solek yang tidak tertanggal habis itu tidak kalis air.

Allahu'alam

Rujukan :

[1] Shaikh Ali as-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum al-Qur'an, 1/935, Shaikh Ahmad Mustafa Maraghi - Tafsir al-Maraghi, 5/118.

[2] Maksud pengajaran hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0139.

[3] Imam as-Suyuti - Tafsir Jalalain, 1/450.

[4] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/200.

[5] Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopedia Fiqh, 1/110-118.

sumber: halaqah.net