Labels

Sunday, June 30, 2013

Tip Konsisten Solat Subuh

Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tak merah. Ramai peiajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarah cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:


1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t dan berikanlah hak-hak- Nya. Nlat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2. Tanam tekad yang jitu, semangat Juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubat daripada dosa dan bemiatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boieh sama-sama bangun awal dan solat Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
5. Latih dlri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
6. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafen seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.
7. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minlt sebelum azan subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz "solat itu lebih baik danpada tidur". Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagl menunaikan solat Subuh.
8. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
9. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Kemudian
tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.


Sumber: Majalah Solusi

Saturday, June 29, 2013

Yamaguchi: Lelaki yang melukis kopi

Syafique Shuib | Kemas kini: Jun 29, 2013
Yamaguchi: Lelaki yang melukis kopi
KUALA LUMPUR:  Melihat seorang barista membuat melukis di atas buih latte, iaitu satu kaedah melakar corak menggunakan susu skim diatas espresso kelihatan mudah.

Namun ia memerlukan kemahiran untuk melukis buih latte yang kreatif dan artistik.

Junichi Yamaguchi adalah seorang barista disebalik corak ‘Ballerina’ yang telah menjadi sinonim dengan beliau. Jika peminat kopi sedang asyik mengambil gambar corak berkenaan dan memuat naik ke akaun Instagram, Yamaguchi mendapat kepuasan jika corak beliau mendapat perhatian pelanggan.

“Saya gembira jika pelanggan tersenyum melihat corak buih latte hasil saya,” kata barista yang berusia 33 tahun yang kini bekerja di Tokyo.

Seperti kerjaya beliau yang bertukar dari bekerja di kedai jualan produk India ke seorang barista, corak ‘Ballerina’ juga datang seperti satu kejutan.

Ballerina

“Saya sedang mencuba melukis beberapa corak secara suka-suka dan tetiba saya melakar corak ‘Ballerina’. Ia berlaku secara tidak langsung kerana saya sedang bermain dengan imaginasi saya,” kata beliau.

Yamaguchi boleh dikatakan sebagai artis latte yang belajar seorang diri. Beliau tidak menggunakan perkhidmatan guru atau pakar dalam seni melakar buih latte. Beliau menggunakan YouTube dan buku sahaja.

Kejayaan beliau bukanlah datang dengan mudah.

“Saya mencuba selama empat tahun dan menggunakan 10 litre susu setiap hari,” kata beliau.
Hasilnya?

“Ia tidak menjadi... tiada seni buih latte,” kata beliau sambil mengenang tentang percubaan awal beliau.

Ada masanya beliau mahu melupakan sahaja tentang seni ini. Sahabat dan ahli keluarga juga tidak berminat dengan seni ini dan secara tidak langsung tidak memberikan sebarang dorongan atau motivasi.

Beliau juga kenal beberapa artis seni melakar buih latte namun beliau lebih selesa untuk anggap mereka sebagai pesaing. Yamaguchi merasakan beliau harus menghasilkan seni beliau sendiri tanpa meniru siapa-siapa.

Setahun selepas percubaan beliau, Yamaguchi berjaya untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dianggap sebagai seni lukisan buih latte.

“Saya tidak mendapat lupakan saat itu dimana saya berjaya untuk melukis sesuatu yang cantik. Itu adalah saat yang paling mengembirakan. Saya begitu terharu,” kata beliau.

Ini hanyalah permulaan beliau dalam seni ini sebelum berjaya untuk menghasilkan beberapa corak lain.

Patterns

Saat yang paling mencabar apabila beliau memasuki pertandingan. Pertandingan pertama beliau adalah di Coffee Fest Latte Art World Championship di Seattle pada tahun 2011. Pada tahun ini, beliau berjaya menduduki tempat kedua di pertandingan yang sama yang diadakan di Chicago.

Beliau kini ke seluruh dunia untuk mengajar barista dan peminat kopi untuk menghasilkan seni lukisan buih latte. Baru-baru ini beliau ke Filipina, Hong Kong, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Seperti mana beliau berjaya menghasilkan corak beliau sendiri yang dianggap sebagai ‘signature style’, Yamaguchi mahu anak didik beliau untuk menghasilkan corak mereka sendiri.

“Setakat ini, tiada sesiapa yang boleh melukis garis halus seperi saya. Saya mahu generasi baharu untuk terus mencuba supaya boleh berjaya dalam seni ini dan melukis corak mereka sendiri.

“Mereka harus minat dalam seni ini. Oh, mereka juga harus ada guru untuk memberi tunjuk ajar supaya tidak harus menunggu sampai empat tahun seperti saya,” kata beliau sambil tertawa sebelum mengakhiri perbualan kami. 

Mari kita lihat Yamaguchi menunjuk cara-cara untuk melukis beberapa corak ‘signature’ beliau:

Berita mula diterbitkan pada: Jun 28, 2013 22:41 MYT

Friday, June 28, 2013

Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan hisap shisha

Bernama | Kemas kini: Jun 28, 2013
Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan hisap shisha
KANGAR:  Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.

Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.

Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.

"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa.
Berita mula diterbitkan pada: Jun 28, 2013 18:26 MYT

Tuesday, June 25, 2013

Hujan air batu landa Singapura petang tadi


Astro Awani | Kemas kini: Jun 25, 2013
Hujan air batu landa Singapura petang tadi
KUALA LUMPUR:  Selepas lebih seminggu berdepan dengan masalah jerebu buruk, Singapura hari ini dilanda hujan batu.

Ia melanda beberapa kawasan di pulau berkenaan antaranya Jurong, Bukit Batok dan Choa Chu Kang kira-kira pukul 3 petang tadi.

Fenomena hujan batu ini menarik perhatian orang ramai yang berkongsi gambar dan video di laman sosial.

Menurut Agensi Alam Sekitar Singapura, ia merupakan kejadian pertama sejak 2008.

Berdasarkan imej yang dirakam, ketulan hujan batu dianggarkan mempunyai diameter antara lima hingga 50 milimeter.

Pemilik akaun laman sosial Facebook yang memuatnaik video tersebut, Jazly Bear berkata, ketulan hujan batu yang turun adalah sebesar duit syiling lima sen.

Jazly Bear: “Yeap. Size of 5 cent coins.”

Video yang memaparkan kejadian hujan batu itu mendapat lebih daripada 2,000 ‘shares’ dan lebih daripada 370 ‘like’ di laman Facebook. Antara komen di video tersebut adalah:

Khairul Arifin: "well at least its free ice"

Wayne Cheng: "How cool would it be if it snowed instead of hail."

Ina Aris: "OMG SO SCARY!"

Hujan lebat ini sangat dialu-alukan oleh rakyat Singapura yang baru-baru ini mengalami jerebu teruk lebih seminggu  disebabkan oleh kebakaran hutan di Indonesia.

Kualiti udara di Singapura pernah berada di paras bahaya dengan bacaan IPU melebihi paras 300 ketika minggu pertama Jerebu melanda republik tersebut.

Berita mula diterbitkan pada: Jun 25, 2013 19:30 MYT

Monday, June 17, 2013

SEJAUH MANA CINTA KEPADA RASUL?

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan "lailahaillallah" tanpa mengikut jalan "Muhammad Rasulullah." 

Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah S.W.t. 

Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya Oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: "Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Aliah," (Surah al-Najm 53: 3-4) 

Jika hati mencintai kebaikan, maka buta lah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah ... kerana Bagindalah lnsan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah. 

Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh ... hanya kerana ingin menyampaikan iman dan lslam buat manusia. 

Kebaikan Rasulullah bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita. 

Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang. 

lnilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A'la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak ... 

Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada ada dalam jiwa agar kita I berpeluang bersama-samanya di dalam syu'rga. Dan cinta itulah yang kami ungkapkan seadanya dengan satu pertanyaan yang sangat sederhana: "Di mana Rasulullah di hatimu?" 

Sumber : Pahrol Mohamad Juoi Majalah Solusi Isu 52

Monday, June 10, 2013

ANAK-ANAK KEMARUK GADGET



Berikut antara tip untuk membimbing anak-anak supaya tidak menjadi "hamba teknologi": 

1. Fahamkan anak-anak bahawa gadget ialah alat dan bukannya tujuan hidup. Gunakan ia sebagai alat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Katakanlah jika mereka ingin menggunakan Internet untuk mencari llmu, maka gunakan ia sebaik-baiknya. Sebaliknya jika mereka menyalahgunakan untuk perkara yang sia-sia, ia hanya membuang masa. Bukankah setiap saat umur kita akan dihisab oleh Allah s.w.t.? 

2. Kita menetapkan had masa jika anak-anak ingin menggunakan gadget. Jika mereka tidak mematuhi atau melanggar, dengan tegas kita menarik semula kemudahan tersebut untuk tempoh tertentu. 

3. Ketika tetamu datang berkunjung, disiplinkan anak-anak supaya jangan terus-menerus menghadap komputer, telefon bimbit dan permainan video. Ajak anak-anak berinteraksi dengan tetamu dan fahamkan mereka bahawa tetamu perlu diraikan kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w. 

4. Latih anak-anak peka dengan waktu solat. Jika setengah jam lagi akan masuk waktu solat, mereka perlu menutup komputer atau televisyen. Begitu juga mereka tidak boleh membukanya kerana takut terleka sehingga menangguhkan waktu solat. 

5. Apabila ibu bapa sedang bercakap, didik anak-anak memerhatikan wajah kita. Jika pandangan anak-anak menyebabkan hati ibu bapa gembira, Allah s.w.t. akan menganugerahkan pahala buat mereka. Sibukkan diri melayani ibu bapa daripada melayani panggililn telefon atau SMS. Jangan sampai hati kedua-dua ibu bapa tergores. Jika mendapat panggilan, minta izin kepada ibu bapa untuk menjawabnya, menutup terus telefon sebentar kerana melayani mereka adalah lebih utama. 

Sumber: Majalah Solusi Isu 49

Monday, June 3, 2013

BERITA BAIK UNTUK ORANG YANG BERTAUBAT


Dah terlanjur buat dosa? Jangan putus asa. Pintu taubat tidal pernah tertutup melainkan ketika nyawa sudah berada di kerongkong dan ketika matahari terbit dari barat ke timur. 

1. Petua kejayaan. 
Apa kata masukkan bertaubat dan beristighfar sebagai salah satu langkah mencapai kejayaan. Ini selari dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung (beroleh kejayaan)." (Surah al-Nur 24: 31) 

2. Lupus dosa. 
Jika dahulu dosa seolah-olah menjadi "perhiasan" diri, kini dosa akan dibakulsampahkan. Pasti seronok kalau akaun dosa kini jadi defisit. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-muminya). Mudah-mudahan Rabmu akan menutup kesalahan- kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (Surah al-Tahrim 66: 8) 

3. Keburukan diganti dengan kebaikan. 
Tidak percaya? Hayati mafhum ayat al-Quran ini: "Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Furqan 25: 70) 

4. Anugerah dan nikmat. 
Asbab beroleh anugerah dan nikmat seperti ditambahkan kekuatan, anak, harta ataupun diturunkan hujan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus- menerus) kepadamu sampai ke waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (Surah Hud 11: 3) 

5. Dicintai Allah. Bukan sekali, malah berkali-kali Allah ulang kenyataan ini. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah at-Baqarah 2: 222)

Sunday, June 2, 2013

Lauk-Pauk Rasulullah S.A.W

Anas r.a. meriwayatkan: "Rasululah s.a.w. sangat menyukai thufl (makanan yang diperbuat daripada tepung dan kurma). Abdullah (salah seorang periwayat hadis ini) berkata: 'Yang dimaksudkan (thufl) adalah apa-apa yang tersisa daripada makanan.'" (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim, Ibn Sa'ad dan al-Baihaqi)

Saturday, June 1, 2013

MAHA BESAR ALLAH YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN ALAM


Berbilion cakerawala dan galaksi di angkasa bergerak terlalu laju. la bergerak dengan teratur dan tersusun rapi. Tidak berlaku perlanggaran kerana takdir-Nya. 300 bilion galaksi bertembung. Maha Besar Allah yang menciptakan dan mengaturkan semua itu dengan tertib.

Friday, May 24, 2013

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Telah dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong.

Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan kepada bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah dijadikan sebagai penanda waktu dan penanda arah kepada kapal yang berlabuh di pelabuhan Teluk Anson.


Menara condong ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa. Menara condong ini mempunyai 110 anak tangga dan setinggi 25 meter manakala Menara Condong Pisa pula setinggi 55 meter.


Menara yang diperbuat dari batu dan kayu ini dibina berkonsepkan pagoda. Bahagian bawahnya berukur lilit 13 meter dan semakin menguncup hingga ke bahagian atas iaitu dengan ukur lilit 8.2 meter. Menara ini jika dilihat dari jauh kelihatan seolah-olah mempunyai 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya mempunyai 3 tingkat sahaja.


Kini menara condong ini hanya berfungsi sebagai menara jam selain berperanan besar sebagai mercu tanda Bandar Teluk Intan. Jam yang dipasang pada tahun 1894 dibeli dari Syarikat J.W Benson Ludgalhill di London.


Mengerikan tak pic ni!!! Huhu.

Wednesday, May 22, 2013

Bagaimana Nak Sihat?



Minum 10 – 12 gelas air sehari
Makan sayuran dan buahan yang segar
Senaman setiap hari
Hadkan pengambilan lemak dan gula
Kurangkan makan nasi, roti dan gandum
Kekalkan berat badan yang ideal
Makan banyak serat (fiber)
Mengurus Tekanan dengan bijak
Jangan merokok
Kini ada cara yang lebih mudah untuk kita menjaga kesihatan setiap hari.
“Adalah sukar untuk membayangkan ada makanan lain yang lebih semulajadi dan lebih berkhasiat berbanding kolostrum” petikan dari National Institute of Nutrition Research, USA


 

Kandungan yang boleh anda perolehi didalam

Alpha Lipid LifeLine



Kandungan Vitamins

Vitamin A
Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12
Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6 
Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1 
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2 
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin C 
Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D
Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
Vitamin E 
Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.


Kandungan Minerals 


Folic Acid
Pembentukan darah (merah) baru.
Magnesium
Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
Iron
Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Sodium
Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
Kalsium
Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid "monopous" akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
Potassium
Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Kandungan Total Immunoglobulin

IgA
Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.
IgM
Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.
IgE
Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.
IgG
Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.
IgD
Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.
IgFI & IgFII
IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.

Sunday, May 19, 2013

NAFKAH BATIN? Apa maksud sebenarnya?



Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja. Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin?

Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu. Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

“Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak

memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka.
Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:
“Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya. “
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud: “Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami
memerintahkan isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti
oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui
olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat).”
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat. Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya.

Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa

yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama “Beruk punya anak1″ maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.


Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang

lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.


Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang

bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :

Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka.”

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran.

Wallahu’alam

Saturday, May 18, 2013

SF BEAUTY DIKATAKAN BERACUN


Jawapan kepada kenyataan yang mengatakan sf beauty night dan day cream ada racun berjadual...

ini adalah mesej dari stokis sf beauty....

Hari ni sy dpt bnyk call/sms yg bertanyakan tentang produk sf beauty yg dikatakan telah ditarik balik kerana mengandungi merkuri yang tinggi. 

Utk pengetahuan semua, memang ia berlaku tapi kes ini berlaku 2 bulan lepas...ada pihak yang sabotaj kami dengan menghantar sampel tiruan. Kami terpaksa memberhenti jualan seketika ( jika perasan lama kami tidak iklan produk sf), syrkt telah pun menjalankan prosedur yg ditetapkan oleh kkm...dah tarik balik dan telah pun buat pelupusan...dan Alhamdulillah...kami dah dapat not terbaru .iaitu not13....kami harap pengguna semua bertenang...ini hnya salah faham pihak media yg lambat dapat info terbaru dari kami.

Dan berhati2 lah dengan produk tiruan. Untuk pengetahuan semua, pihak SF kb dari 2 bln lps hanya update kes SF tiruan yg dihantar ke KKM kepada para Stokis sahaja. Untuk mengelakkn sebarang kesulitan bg pengedar dealer/dropship

membuat jualan. Untuk dapatkn SF yg ori boleh dapatkn dr pengedar2 yg sah under SF kb..jika ada pengedar stokis/dealer yg ada not lama jgn risau jika stock yg anda ambil itu dari SF kb itu adalah yg ORI.. So masih boleh jual lagi...Harap jgn panik semua. SF Beauty masih seperti dulu selamat digunakan. Sekian.utk elakkan terbeli yang tiruan beli lah dgn stokis sah dibawah seliaan kami

Posted by Jai at 7:09 PTG
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi ke Twitter
Kongsi ke Facebook

Sumber BLOG SF BEAUTY RUBY

Sunday, May 12, 2013

PANDUAN RINGKAS BERSOLEK MUSLIMAH




Perkara-perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap Muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan di wajah:


  • Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
  • Bersolek bukan untuk tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.
  • Penggunaan pelembab bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit daripada kering, merekah dan lain-lain.
  • Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tubuh semula jadi (iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindlk di lidah, bibir dan sebagainya.
  • Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan mahram.
  • Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan. 
  • Tidak mendedahkan aurat seperti rambut yang sengaja dikeluarkan dibahagian depan atau bahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai.
  • Tidak membazir dengar membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.
  • Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah atau syariat (bacaan jampi serapah, memakai susukdan seumpamanya).
Sumber: Solusi Isu 43