Labels

Monday, June 17, 2013

SEJAUH MANA CINTA KEPADA RASUL?

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan "lailahaillallah" tanpa mengikut jalan "Muhammad Rasulullah." 

Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah S.W.t. 

Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya Oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: "Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Aliah," (Surah al-Najm 53: 3-4) 

Jika hati mencintai kebaikan, maka buta lah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah ... kerana Bagindalah lnsan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah. 

Kita masih boleh membayangkan seorang yang pernah mengikat perutnya dengan batu bagi menahan kelaparan ketika berjihad. Baginda insan yang pernah patah giginya oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Kenangi seorang insan yang pernah luka-luka dilontar dengan batu-batu, dilempari najis dan bangkai, diperosok ke dalam duri dan lubang, akhirnya dikepung untuk dibunuh ... hanya kerana ingin menyampaikan iman dan lslam buat manusia. 

Kebaikan Rasulullah bukan sahaja dinikmati oleh generasi yang hidup bersama-samanya, tetapi melampaui masa, zaman dan keadaan. Cinta Baginda turut menyentuh hati kita. 

Cinta tidak semestinya bertemu. Cinta tidak semestinya bersama. Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang. 

lnilah insan yang sewajarnya dicintai. Insan yang tidak akan lega tanpa dijanjikan keselamatan buat umatnya. Insan telah pergi menemui al-Rafiq al-A'la (Teman daerah tinggi iaitu Allah) tanpa mewariskan sebarang harta. Bahkan menurut ahli sejarah, ketika itu lampu di rumahnya sudah kehabisan minyak ... 

Itulah cinta Rasulullah. Itulah yang mesti ada ada dalam jiwa agar kita I berpeluang bersama-samanya di dalam syu'rga. Dan cinta itulah yang kami ungkapkan seadanya dengan satu pertanyaan yang sangat sederhana: "Di mana Rasulullah di hatimu?" 

Sumber : Pahrol Mohamad Juoi Majalah Solusi Isu 52

No comments:

Post a Comment