Labels

Monday, June 10, 2013

ANAK-ANAK KEMARUK GADGET



Berikut antara tip untuk membimbing anak-anak supaya tidak menjadi "hamba teknologi": 

1. Fahamkan anak-anak bahawa gadget ialah alat dan bukannya tujuan hidup. Gunakan ia sebagai alat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Katakanlah jika mereka ingin menggunakan Internet untuk mencari llmu, maka gunakan ia sebaik-baiknya. Sebaliknya jika mereka menyalahgunakan untuk perkara yang sia-sia, ia hanya membuang masa. Bukankah setiap saat umur kita akan dihisab oleh Allah s.w.t.? 

2. Kita menetapkan had masa jika anak-anak ingin menggunakan gadget. Jika mereka tidak mematuhi atau melanggar, dengan tegas kita menarik semula kemudahan tersebut untuk tempoh tertentu. 

3. Ketika tetamu datang berkunjung, disiplinkan anak-anak supaya jangan terus-menerus menghadap komputer, telefon bimbit dan permainan video. Ajak anak-anak berinteraksi dengan tetamu dan fahamkan mereka bahawa tetamu perlu diraikan kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w. 

4. Latih anak-anak peka dengan waktu solat. Jika setengah jam lagi akan masuk waktu solat, mereka perlu menutup komputer atau televisyen. Begitu juga mereka tidak boleh membukanya kerana takut terleka sehingga menangguhkan waktu solat. 

5. Apabila ibu bapa sedang bercakap, didik anak-anak memerhatikan wajah kita. Jika pandangan anak-anak menyebabkan hati ibu bapa gembira, Allah s.w.t. akan menganugerahkan pahala buat mereka. Sibukkan diri melayani ibu bapa daripada melayani panggililn telefon atau SMS. Jangan sampai hati kedua-dua ibu bapa tergores. Jika mendapat panggilan, minta izin kepada ibu bapa untuk menjawabnya, menutup terus telefon sebentar kerana melayani mereka adalah lebih utama. 

Sumber: Majalah Solusi Isu 49

No comments:

Post a Comment