Labels

Monday, April 29, 2013

Menyapu Muka Sebelum Tamat Solat

Amaian menyapu muka sebelum tamat solat tidak digalakkan. Disebutkan dalam Sunan Ibn Majah: “Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhnya, ada daripada kalangan al-jufa', seorang Ielaki menyapu dahinya apabila selesai solat."

Maksud al-jufa'dihuraikan oleh ulama sebagai satu tindakan tidak serius seolah-olah berpaling daripada solat, ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk. (Fayd al-Qadir, jil. 2, him. 562)

Jika ingin melakukan perbuatan ini, disarankan:
  • Melakukan seperti yang disarankan dalam hadis daif, iaitu menyapu dahi dengan tangan kanan dan membaca doa yang disebutkan dalam hadis tersebut.
  • Tidak beriktikad bahawa amalan ini sunnah Rasullulah s.a.w. kerana disiplin untuk beramal dengan hadis daif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada Rasulullah.
  • Tdak beriktikad bahawa amalan ini pasti membawa sesuatu kebaikan berbentuk pahala dan kerohanian kerana kebaikan dalam bentuk ini hanya boleh diyakini jika ia datang daripada hadis sahih atau hasan, tetapi apabila ia datang daripada hadis daif. Kita hanya boleh berharap agar mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.
  • Tidak menjadikan ia setanding atau seperti ibadat khusus, malah perlu disedari bahawa ia perbuatan yang mustaqil (terasing) daripada pergerakan asal solat. Ringkasnya, ia bolehlah dianggap sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat. Walahu a'lam.
Sumber : Formula Solat Sempurna, Ustaz Zaharudin Abd. Rahman

No comments:

Post a Comment